Lawatan Intensif Wakil Jualan DRC ke Perusahaan DRC dan Danang

Lawatan intensif selama 5 hari ke Danang, Vietnam baru-baru ini telah dianjurkan oleh pihak SR Industries (M) Sdn Bhd untuk para wakil jualan DRC mereka. Lawatan yang diadakan dari 19 hingga 23 Januari ini telah disertai seramai 21 orang wakil jualan SR Industries (M) Sdn Bhd DRC serta turut diiringi oleh 2 orang wakil STM iaitu Mr. Chiang Chia Heng dan Mr. Yap Siong Lim.

Mereka semua telah bertolak dari KLIA dengan penerbangan terus menuju ke ke Lapangan Terbang Antarabangsa Danang yang mengambil masa selama 90 minit. Lawatan intensif ini telah dijadualkan dengan begitu rapi. Bukan hanya melawat kilang DRC (Danang Rubber Joint Stock Company), malah mereka juga dapat bersiar-siar dan bersantai di sekitar Danang.

Para wakil jualan turut terhibur dengan aktiviti yang diadakan sepanjang mereka di sini antaranya meluangkan masa di Casino Club 99 diikuti merehatkan badan di spa selama lebih kurang satu jam sebelum pulang ke tempat penginapan mereka di Danang Beach Hotel. Pada hari ke 2 dan ke 3 pula, mereka semua dibawa melawat kawasan tarikan pelancongan di sekitar Danang seperti Ba Na Hilss di mana mereka dapat merasai perjalanan menaiki kereta kabel menuju ke Vong Nguyet Hills, Pagoda Linh Ung, Gunung Nui Chua, La Nim Villas, Orchid Garden, Gunung Marble, Tan Ky House, Phuc Klen Communal House dan banyak lagi.

Pada hari ke-4, lawatan diteruskan ke DRC (Danang Rubber Company) yang terletak di daerah Lien Chieu pinggir bandar Danang.  Delegasi STM DRC tiba dan telah disambut oleh pihak Pengurusan DRC Mr. Nguyen Manh Son – Timbalan Ketua Pengarah (Pengarah Pengeluaran), Mr. Nguyen Ngoc Binh – Pengurus Kilang TBR, Mr. Nguyen Thi Lien – Pengurus Eksport ,Mr. Tran Dinh Suu – Timbalan Pengurus Kilang TBR dan Nguyen Hoai Anh – Timbalan Pengurus Eksport.

Kesemua delegasi  SR Industries (M) Sdn Bhd  DRC telah dibawa melawat ke sekitar kilang berpandukan info lengkap yang telah disiapkan kepada mereka. Sebagai pengeluar tayar yang diiktiraf antarabangsa serta syarikat pemprosesan getah, DRC juga turut menghasilkan, memasarkan serta mengedarkan tayar dan produk getah lain bagi kegunaan perindustrian serta automotif.  Ianya juga merangkumi  bekalan dan jentera bagi aktiviti pemprosesan getah.