Falken Malaysia memperkenalkan tayar Falken WILDPEAK A/T3W & M/T01 4×4 terbaharu

Falken Wildpeak All Terrain telah mencatatkan rekod kemenangan yang sangat cemerlang pada tahun 2010 di acara Pikes Peak International Hill Climb, Amerika Syarikat. Ianya merupakan sebuah acara yang sangat mencabar dengan pelbagai halangan sukar bagi kesemua peserta yang menyertainya.

Sejak dari itu, Falken WildPeak A/T telah berjaya membuktikan kehebatannya dengan kejayaan melalui semua cabaran hebat yang dilaluinya. Semestinya, dengan bukti yang telah ditampilkan ke atasnya, pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul dengan begitu membanggakan.

Kini, Falken Malaysia (Stamford Tyres Malaysia) membawakan kepada anda siri tayar terbaharu Falken WildPeak A/T 4×4  iaitu WildPeak A/T3W dan WildPeak M/T01.

Falken WILDPEAK A/T3W
Falken WILDPEAK A/T3W berkeupayaan menempuh pelbagai keadaan cuaca serta dalam keadaan yang mencabar. A/T3W menggabungkan keupayaan menempuhi permukaan jalan yang agresif serta bentuk muka bumi yang mencabar tanpa ada kompromi. Reka bentuk bunga tayar yang optimum digabungkan dengan sebatian bunga silika membuatkan A/T3W bertindak cemerlang baik dalam keadaan basah, mencabar serta salji.

Dengan rekaan yang membolehkan ia menempuh keadaan salji, setiap tayar A/T3W telah diiktiraf oleh Rubber Manufacturers Association di Three Peak Mountain Snow Flake (3PMSF). A/T3W direka dengan teknologi 3D Canyon Sipes dari Falken yang dibuat khusus untuk menghasilkan prestasi lebih maksimum bagi semua keadaan serta mempunyai ketahanan lebih baik disepanjang hayat tayar ini digunakan.

Antara ciri-ciri utama yang ada pada Falken WILDPEAK A/T3W ini termasuklah : Outer Apex Sidewall – memiliki perisai haba yang dapat melindungi bahagian dalaman tayar disamping membantu pengendalian lebih mantap  dengan tahap ketahanan lebih berganda untuk menempuhi keadaan jalan yang mencabar dan sukar.

Selain itu, tayar ini juga didatangkan dengan fungsi ‘Heat Diffuser Technology’ – terletak di bahagian tengah tayar yang lebih rendah bagi menghapuskan haba terkumpul sekaligus melindungi komponen di dalam tayar. Oleh yang demikian, tayar akan kekal terkawal suhunya walaupun diasak secara agresif mahupun membawa beban yang berat di atasnya.
Rugged & Rigid Tread Blocks – diilhamkan untuk membantu kestabilan dan pengendalian kenderaan yang lebih dipertingkatkan disamping menghalang batu atau benda asing daripada terperangkap di kawasan bunga tayar, manakala Aggressive Upper Sidewall berfungsi melindungi tayar dari terkena batuan tajam dan memberi daya tarikan tambahan pada permukaan jalan jika berada pada situasi tekanan yang rendah.

Falken WILDPEAK M/T01
Falken WILDPEAK M/T01 – direka untuk permukaan muka bumi yang sukar serta keupayaan yang lebih maksimum.
WILDPEAK M/T01 telah dibina berkeupayaan menghadapi pelbagai permukaan jalan yang ekstrem baik di atas jalan biasa, berlumpur, salji ataupun berbatu. M/T 01 ini menampilkan teknologi 3 lapisan DURASPEC™ Sidewall yang telah dibangunkan untuk menghadapi keadaan yang paling sukar. DURASPEC™ ini menyediakan lapisan tambahan bagi memaksimumkan perlindungan serta ketahanan tayar. Permukaan yang tampak lebih agresif memberikan daya tarikan tambahan pada keadaan tekanan udara rendah semasa melalui permukaan lasak. WILDPEAK M/T 01 juga mempunyai corak bunga luar biasa untuk menghadapi kelasakkan lebih berganda.

Ciri-ciri tambahan lain yang terdapat pada WildPeak M/T antaranya adalah ‘Heat Diffuser Technology’ (bahagian dinding bawah)yang dapat menghilangkan haba untuk melindungi komponen di dalam tayar.

Rugged & Rigid Tread Blocks – Sokongan blok yang dapat meningkatkan tahap kestabilan dan pengendalian kenderaan disamping menghalang batu atau benda asing daripada terperangkap di bahagian alur tayar.

Falken WildPeak M/T01 ini turut menampilkan Mud & Rock Defense – yang dapat mengarungi keadaan berlumpur serta menyahkannya dari permukaan tayar bagi mengelakan kehilangan daya kawalan serta memastikan tahap cengkaman lebih maksimum apabila batu serta benda asing dapat dihalang daripada melekat dan menusuk pada permukaan bunga tayar. Corak bunga pada tayar turut dioptimumkan  bagi pergerakkan yang lebih selesa. Untuk maklumat lanjut mengenai Falken WildPeak 4X4 baharu ini, anda boleh layari www.stamfordtyres.com.my