Sejak penghujung April 2016 yang lepas, Falken Malaysia telah meletakkan 'booth' mini mereka dibeberapa buah cawangan pengedar mereka di kawasan Lembah Kelang. Sepanjang pameran dan promosi ini dijalankan, ianya telah dapat menarik ramai pelanggan disamping dapat memperkenalkan lagi jenama Falken kepada orang ramai.
Promosi ekstravaganza Falken Malaysia ini telah diadakan selama 2 hari berturut-turut di 6 lokasi pilihan di mana 'booth' mini ini menyediakan pelbagai promosi hebat terhadap para pelanggan Falken. Selain itu juga, mereka yang membuat pembelian tayar Falken bakal menerima cenderahati percuma sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menyertai cabutan bertuah yang telah disediakan.
Baru-baru ini, Falken Malaysia telah meletakkan 'booth' mini mereka di lokasi ke-5 mereka bertempat di Speedline Tyres Services, Dataran Sunway, Kota Damansara. Speedline Tyres Services merupakan sebuah cawangan pengedar tayar Falken yang turut menyediakan pilihan tayar berprestasi tinggi dari Falken serta rim berjenama Rays bagi kereta anda. Pelbagai jenis kenderaan sering dihantar ke Speedline Services untuk dilakukan pemeriksaan serta penukaran tayar. Antara pilihan tayar berprestasi tinggi Falken yang terdapat di Speedline Services adalah seperti ZIEX ZE914, AZENIS FK453 dan AZENIS FK453CC.
ZIEX ZE914 direka bagi memberi tahap kestabilan yang lebih baik semasa sesi pemanduan disamping dapat memberikan prestasi keselamatan yang lebih cekap serta tahap keselesaan yang lebih hebat walaupun pada kelajuan yang tinggi. Selain itu, tayar ini juga dilengkapi dengan rekaan bunga yang mampu membiaskan air dengan lebih cekap serta kawalan bunyi yang lebih minimum.
AZENIS FK453 pula merupakan tayar berprestasi tinggi yang baharu dari Falken dan amat bersesuaian bagi jentera yang berkuasa tinggi. Tayar ini menyediakan pakej cengkaman yang lebih berprestasi pada permukaan jalan tanpa mengganggu keseronokkan dan keselesaan semasa pemanduan. FK453 juga direka untuk digunakan oleh jentera berprestasi yang mampu memberikan persembahan hebat ketika dipacu pada kadar kuasa yang maksimum. Ianya boleh didapati dalam 70 saiz dari siri 25 hingga 55 dan diameter antara 17-22 inci.
AZENIS FK453CC pula memiliki fungsi yang sama seperti FK453. Model ini dikeluarkan khusus bagi kenderaan SUV yang semakin popular digunakan oleh ramai penggunanya di luar sana. AZENIS FK453CC memenuhi 'trend' tersebut dengan menghasilkan tayar premium berprestasi tinggi bagi kenderaan SUV generai baharu. FK 453CC ini didatangkan dalam 17 saiz yang terdiri daripada diameter 17 hingga 20 inci.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari laman Facebook Falken Malaysia atau hubungi mereka di talian +603 5569 3094/3397.