Baru-baru ini Falken telah melancarkan tayar ultra berprestasi tinggi (UHP) mereka yang terbaharu iaitu Azenis FK510. Falken Azenis FK510 ini diperkenalkan pada bulan Ogos yang lepas bagi menggantikan tayar yang sebelum ini iaitu Azenis FK453 yang telah menjangkau usia 5 tahun sebagai tayar berprestasi tinggi utama di dalam pasaran.
Walaupun Falken Azenis FK510 ini telah diperkenalkan di Eropah lebih setahun yang lalu, berita baik serta komen positif sentiasa memihak kepada mereka. Ianya sekaligus membuatkan Falken Azenis FK510 ini menjadi tumpuan para media dan menduduki tempat ke-2 dalam Germany’s Auto Bild dan memperoleh penilaian ‘Highly Recommended’ bagi ujian tayar musim panas terbaik bagi tahun 2018 dalam Auto Zeitung. Menurut Falken, mereka telah menerapkan DNA kejayaan yang diperolehi terutamanya dalam perlumbaan Nurburgring 24hrs ke dalam tayar UHP mereka.
Falken Azenis FK510 difokuskan untuk keselesaan yang lebih dipertingkatkan serta prestasi yang lebih baik dalam keadaan permukaan jalanraya yang basah. Kesan pertama yang dapat dilihat adalah keutuhan dinding tepinya yang tampak sangat kukuh yang mampu memberikan keselesaan walaupun kenderaan tersebut dipacu pada kelajuan yang tinggi. Terima kasih kepada teknologi kawalan tegangan yang pada dasarnya adalah membentuk acuan yang membolehkan kawasan sisi tayar menjadi lebih fleksibel untuk menyerap kadar kejutan manakala benang luarnya pula lebih kuat dari sisi dinding untuk membantu pengendalian.
Tayar Falken Azenis FK510 telah dikilangkan menggunakan teknologi NEO-01 yang memainkan peranan utama dalam setiap ciri-ciri yang ada. Teknologi ini merupakan asas dalam pembuatan tayar UHP Falken dengan menggunakan Logam Teras di mana bahan tayar ini dibentuk. Proses ini dapat meningkatkan tahap pekeliling tayar seterusnya mengurangkan getaran pada kelajuan tinggi, mengurangkan berat produk akhir dan mengurangkan risiko tayar terdedah kepada perubahan bentuk apabila didorong ke hadnya.
Adalah penting bagi tayar yang dipilih itu mampu menyelamatkan sesi pemanduan kita. Bukan sahaja pada jalan yang kering, cengkaman juga sangat diperlukan untuk permukaan yang basah untuk memastikan pergerakkan kita menjadi lebih lancar. Oleh yang demikian, Falken Azenis FK510 telah dibangunkan dengan lebih baik untuk melengkapi kehendak para penggunanya. Rekaan empat jalur yang terdapat pada permukaan tayar membantu untuk menyingkirkan kadar air yang dilalui dengan lebih cekap. Rekaan setiap inci tayar tersebut diteliti dengan begitu halus sehinggakan ia dapat memaksimumkan biasan terhadap permukaan yang basah.
Rekaan bentuk blok yang ditampilkan pada tayar ini dilihat dapat meningkatkan tahap kelajuan yang tinggi, memberi cengkaman serta tahap kestabilan yang lebih baik. Lapisan yang membaluti dalam tayar ini diperbuat dari bahan aramid dan nilon. Sebatian benang rekabentuk nano diguna untuk mengurangkan penjanaan haba disamping memberi lekatan dan kelenturan yang tinggi. Corak ACP nya pula memastikan tayar dapat menampung kadar tekanan yang lebih stabil dan jarak pemberhentian kenderaan pada masa yang sama.
CEO Stamford Tyres (M) Sdn Bhd, Mr. Cham Soon Kian dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sebanyak 88 saiz antara 17 hingga 22 inci tersedia bagi tayar Falken Azenis FK510 ini bermula dari harga RM400 dan ke atas. Falken Azenis FK510 boleh didapati di wakil penjual dan pengedar sah di seluruh negara. Mr. Cham juga berkata bahawa varian spesifik run-flat dan SUV diperkenalkan di tahun hadapan. Turut hadir semasa pelancaran rasmi FK510 ialah Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia Tyre, Saturo Ushida yang yakin bahawa FK510 akan memeriahkan pasaran tempatan dengan memberikan ciri penebusan serta harga yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang Falken Malaysia di www.stamfordtyres.com.my.