Sebagai salah satu pengeluar tayar yang terkenal di dunia, Falken sentiasa menyediakan produk-produk hebat dan berkualiti bagi semua penggunanya. Sebagai pengedar tunggal Falken Tyres di Malaysia, Stamford Tyres Malaysia (STM) telah mengeluarkan pelbagai barisan tayar seperti tayar Falken AZENIS FK510, ZIEX ZE914 ECORUN, SINCERA SN832i dan yang terbaharu ZIEX ZE310R ECORUN ke pasaran tempatan.
ZIEX ZE310R ECORUN baharu berada di pasaran Malaysia. Diperkenalkan pada bulan April 2021, tayar berprestasi yang telah dipertingkatkan untuk memberi cengkaman lebih baik di kedua-dua permukaan basah dan kering. Ia juga direka untuk bertindak cemerlang di permukaan jalan basah bagi mengelakkan aquaplaning di mana tayar tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air. Selain itu, ia juga mengurangkan kehausan melampau terhadap tayar. Ianya turut direka untuk meningkatkan kuasa membrek lebih cekap dengan jarak berhenti yang lebih pendek sekaligus dapat meningkatkan kuasa pengendalian sesebuah kenderaan.
Rekaan bunga jalur yang lebar pada tayar ini membuatkan ia bergerak dengan senyap tanpa menghasilkan bunyi. Permukaan tayar yang bersentuhan pada permukaan jalan juga dapat membiaskan air dengan lebih baik. Keadaan ini dapat memberikan kuasa kawalan lebih cekap dan gaya pemanduan akan jauh lebih meyakinkan. Apabila rekaan yang lebih baik diterapkan pada tayar ini, ia dapat membuatkan jangka hayat tayar menjadi lebih panjang.
ZE310R telah menampilkan teknologi pembangunan material tayar yang baharu iaitu Advance 4D Nano Design. Keyakinan ini diperkukuhkan lagi apabila tayar ZE310R ini turut menerima rating “GOOD” semasa ujian tayar musim panas Big Auto Bild di Eropah.
ZE310R terdapat dalam 63 saiz bermula dari 15 inci sehingga 18 inci
AZENIS FK510 difokuskan untuk keselesaan yang lebih dipertingkatkan serta menampilkan prestasi lebih baik semasa permukaan jalanraya yang basah. FK510 ialah tayar top range Ultra High Performance (UHP) untuk kegunaan SUV dan kereta penumpang. Tayar FK510 menggunakan teknologi 4D Nano Design, Teknologi Kawalan Regangan (TCT) dan Adaptive Constant Pressure (ACP).
FK510 yang dihasilkan hanya di Jepun ini sekali lagi berjaya memperkukuhkan kedudukan sebagai jenama premium dalam segmen ultra-high-performance (UHP) semasa ujian tayar musim panas yang diadakan di Auto Zeitung pada tahun 2021 serta memperolehi ‘Highly recommended’ dan ‘Best Value for Money’.
Kini, terdapat 105 saiz tayar untuk FK510 dan FK510 SUV bermula dari saiz 17 hingga 22 inci.
ZIEX ZE914 ECORUN, corak rekaan bunganya mampu menghasilkan kadar cengkaman yang lebih teratur dalam memastikan keseluruhan permukaan tayar dapat mencengkam dengan lebih baik ke atas permukaan jalan. Penampilan tayar ZE914 memberi lebih keselesaan semasa pemanduan serta meningkatkan jangka hayat lebih lama mengikut pelarasan yang telah ditetapkan.
ZE914 terdapat dalam 58 saiz bermula dari 15 inci sehingga 18 inci
SINCERA SN832i direka untuk penggunaan yang lebih ekonomi. Tayar ini dihasilkan sesuai untuk kenderaan-kenderaan kecil untuk lebih keselesaan serta mempunyai ketahanan yang lebih lama. SN832i terdapat dalam 34 saiz bermula dari 12 inci sehingga 16 inci.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tayar Falken, anda boleh menghubungi;
Stamford Tyres (M) Sdn Bhd
16, Jalan Jurunilai U1/20, Section U,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 5569 3094 / 03 – 5569 3397
Facebook : https://www.facebook.com/falkenmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/falkenmalaysia/