Falken Wildpeak A/T Trail SUV Serba Baharu – Tayar SUV Berprestasi, Tinggi Dan Senyap

Tahukah anda, pemilihan tayar kenderaan yang bersesuaian juga boleh meningkatkan kestabilan ketika memandu? Jika tayar yang dipilih tidak sesuai dengan cara dan geografi sesuatu tempat, kesan sampingan seperti tayar kurang cengkaman, bunyi bising dan penggunaan petrol yang berlebihan akan memberi implikasi buruk kepada pengguna itu sendiri.

Terdapat banyak jenama tayar yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini. Dari segi harga mampu milik sehinggalah ke tayar jenis paling premium. Namun, apakah yang menjadi pilihan dan kesesuaian dengan kenderaan anda? Sebelum membuat pilihan yang tepat mengenai jenama tayar, pastikan anda memahami fungsi serta jenis tayar dan juga kenderaan yang anda gunakan supaya ia tidak menjadi episod malang selepas itu.

Sekiranya anda memiliki sebuah kenderaan sukan pelbagai (Sport Utility Vehicles – SUV) atau setanding dengannya, anda perlu memahami bahawa tayar SUV adalah berbeza sedikit berbanding tayar kereta penumpang kerana saiznya yang lebih besar dan binaannya yang agak berat.

Tayar bagi segmen kenderaan Sport Utility Vehicles (SUV) atau Cross-Over/Compact Utility Vehicle (SUV & CUV) agak berlainan dalam beberapa aspek seperti corak bunga yang lebih besar dan kasar, beban yang lebih berat, kompaun getah yang lebih lasak dan dinding sisi (sidewalls) yang lebih tinggi dan kukuh.  

Stamford Tyres, pengedar jenama tayar Falken di Malaysia memperkenalkan tayar terbaharu Falken Wildpeak A/T Trail SUV – tayar bagi kegunaan pemilik kenderaan Sport Utility Vehicles (SUV) dan Cross-Over/Compact UtilityVehicle (SUV & CUV) di tanah air.

Falken Wildpeak A/T Trail SUV merupakan tayar untuk kegunaan kenderaan SUV dan menyasarkan pengguna dan pemilik kenderaan jenis itu di Malaysia. Dengan cuaca yang tidak menentu dan kadang kala boleh menjadi terlalu ekstrem, Falken WildPeak A/T Trail adalah jawapan kepada keadaan dan cuaca tropika seperti hujan atau jalan basah yang kerap melanda jalanraya tanah air.

Wildpeak A/T Trail dibina untuk memberikan pengalaman kepada pengguna keseronokan dalam mengalami pemanduan ketika aktiviti pengembaraan, keupayaan prestasi ketika aksi di laluan off road dan jenis tayar yang lasak tanpa kompromi di jalan terbuka. Direka oleh kejuruteraan bagi memadankan ciri-ciri dinamik crossover moden, Wildpeak A/T Trail memberikan keseimbangan sempurna antara cengkaman luar jalan (off-road) yang agresif dan prestasi pada keadaan cuaca yang ekstrem.

Pembinaan poliester 2 lapis (Poliester – High Ply Turn Up) yang tahan lasak dan ciri dinding sisi atas yang kekar melindungi Wildpeak A/T Trail daripada keadaan permukaan bumi bagi jalan off-road, manakala reka bentuk bunga yang dioptimumkan membantu mengekalkan kecekapan dan corak serba boleh penggunaan kenderaan CUV moden.

Wildpeak A/T Trail Serba Baharu turut diakui oleh USTMA – Severe Snow Rating, sekali gus rekaan tayar ini diakui pada keadaan dan peringkat cuaca yang meliputi semua keadaan cuaca di dunia.


Penggunaan Poliester – High Ply Turn Up

Kaedah Ujian Tusukan Dinding Sisi Dalam digunakan bagi mengadaptasi keadaan bahaya di laluan off road seperti halangan dari batu tajam. Wildpeak A/T Trail yang bermaksud “tidak boleh dihancurkan,” berjaya mengatasi pelbagai tayar jenama lain termasuklah pada sesi ujian makmal bagi menguji daya ketahanannya.

Selain itu, bahagian dinding tayar Falken Wildpeak A/T Trail berjaya mengatasi jenama pesaing tayar dari Amerika, Eropah, Jepun dan Korea ketika sesi ujian dilakukan. Penggunaan Poliester – High Ply Turn Up, berupaya meningkatkan kestabilan pengendalian pada arah menjuru manakala dinding sisi membantu menghalang sebarang objek tajam seperti batu atau sebagainya. 

Secara keseluruhan (ketebalan dinding sisi) adalah sama antara tayar jenama pesaing lain, namun Falken Wildpeak A/T Trail enggunakan lapisan karkas yang unggul dengan ketumpatan dan kekuatan linear yang lebih padat sedikit berkelebihan dalam soal ini. Hasilnya ialah rintangan yang lebih kukuh dan kuat berjaya diatasi tanpa bahan tambahan seperti ketebalan getah atau berat yang ditambah baik.

Falken Wildpeak A/T Trail direka untuk keperluan pasaran pengguna kenderaan utiliti sukan (Sport Utility Vehicle) dan menjadikan ia sebagai pilihan tayar terbaik untuk kenderaan dalam segmen itu.


Ciri-Ciri Produk

Wildpeak A/T Trail dipertingkatkan dengan penambahan prestasi anti-akuaplaning terbaik jika dibandingkan dengan tayar SUV pengilang yang berasaskan penumpang. Reka bentuk bunga yang dioptimumkan menampilkan sebatian bunga yang diperkaya silika, menjadikan tayar Falken ini mampu beraksi pada jarak yang jauh dan pada jangka hayat yang lebih lama.

Menurut Stamford Tyre, Falken Wildpeak A/T Tyre Trail ialah tayar SUV semua keadaan bentuk muka bumi (all-terrain) paling premium kerana tayar ini menghimpunkan segala faktor yang anda mahukan seperti penggunaan brek pada keadaan jalanraya yang basah, keselesaan bunyi dan kualiti tunggangan.

Ia bukan sahaja hebat di atas jalan tarmac, malah Falken Wildpeak A/T Trail juga merupakan tayar dengan penggunaan Poliester 2-Lapis yang mampu memberikan pengguna ketahanan dengan cuaca pelbagai. Sekali gus, ia cukup penting bagi pengguna terutama di negara kita, kerana Malaysia terkenal dengan hujan lebat yang boleh menyebabkan lopak air berkumpul di seluruh jalan.

Pada ujian ketahanan di atas permukaan jalan luar (off-road), pembinaan Poliester 2-Lapis yang tahan lasak dan ciri dinding sisi atas yang kukuh, berjaya melindungi tayar dari ancaman seperti batu tajam dan keadaan rupa bumi. Ia juga disokong dengan dinding sisi yang lebih tinggi bagi memberi lenturan pengendalian selekoh yang lebih baik.


Masalah Bunyi Tayar

Bunyi corak bunga merupakan masalah utama dan sangat kritikal ketika pembangunan tayar Wildpeak A/T Trail SUV ini kerana reka bentuk unibody silang. Bunyi dan getaran mudah dipindahkan dari permukaan jalan dan tayar terus kepada pemandu dalam bentuk yang dipanggil platform crossover unibody.

Justeru, jurutera menyasarkan masalah bunyi pada skala yang cukup optimum ketika pembangunan tayar Wildpeak A/T Trail seperti mana yang dibina pada model tayar FALKEN ZIEX CT60 A/S. Namun tidak dinafikan bahawa penggunaan tayar jenis All-Terrain ini sedikit berbeza pada tayar pesaing yang mempunyai tahap hingar yang diterima baik bagi pengguna kenderaan crossover ini.


Falken Dalam Dunia Sukan Bermotor

Jenama Falken bukanlah asing atau kuasa baharu dalam pasaran tayar dunia malah jenama tayar ini telah dipasarkan sejak tahun 1983 di Jepun menerusi pemilik jenama Falken, Sumitimi Rubber Industries.

Selepas itu, jenama Falken terus berkembang dan melebarkan pasaran mereka ke serata dunia termasuk di benua Eropah pada tahun 1988 dan Amerika Syarikat pada tahun 1991. Dalam dunia sukan bermotor, Falken telah mendapat tempat dalam kalangan pengguna jentera empat roda dengan penglibatan dalam dunia perlumbaan antarabangsa seperti ADAC 24 Race yang hangat berlangsung di Litar Nurburgring, Jerman pada tahun 1999.