Jelajah Falken 2013 tawarkan pelbagai hadiah menarik

Stamford Tyres Malaysia akan menganjurkan pelbagai aktiviti dalam siri jelajah yang bakal berlangsung di Zon Biru, Sunway Pyramid dari 19 hingga 23 Jun ini.

Selain pelbagai permainan seperti simulator perlumbaan kereta dan kawalan jauh, pakej tawaran istimewa bagi pelbagai siri dan saiz bagi tayar jenama Falken turut ditawarkan. Ia adalah khusus untuk pengunjung yang membeli tayar ketika siri jelajah ini sahjaja, bermula dengan set empat tayar dan rim 14 inci dengan harga hanya RM 1,099.

Sebagai habuan bagi setiap permainan yang disediakan, keseluruhan 10 hadiah saguhati dan tiga hadiah utama turut menjadi rebutan; hadiah utama berupa set empat tayar Falken 17 inci berserta kad Petronas dengan nilai RM 150.

Sebagai tambahan, pengunjung yang membeli tayar ketika jalajah ini akan turut diberi pakej pemeriksaan tayar percuma setiap 1,000 km jarak perjalanan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan siri jelajah ini dan tawaran istimewa yang menanti, layari www.stamfordtyres.com.my.