Siaran Langsung Perlawanan Di antara Liverpool & Stoke City

Baru-baru ini Falken Malaysia telah mengadakan acara tontonan siaran langsung perlawanan di antara Liverpool dan Stoke City bertempat di Roof Sky Level 1 First Avenue Bandar Utama. Acara ini diteruskan lagi setelah tayangan secara langsung perlawanan Liverpool melawan Spurs awal Februari yang lepas.

Semestinya, kehangatan perlawanan ini menjadi bualan sehinggakan ramai datang menghadiri ‘Live Viewing Party’ yang dianjurkan oleh Falken Tyres Malaysia ini. Kebanyakkan mereka yang hadir masing-masing mengenakan jersi pasukan kegemaran mereka iaitu Liverpool.

Sesi pendaftaran dibuka pada jam 5.30 petang beberapa jam sebelum acara sepak mula dijadualkan berlangsung. Kesemua mereka yang hadir mengambil tempat yang telah ditetapkan bagi mendapat pandangan yang cukup selesa. Ternyata, tempat yang dipilih ini amat bersesuaian untuk semua peminat sukan untuk menonton bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.

Pihak Stamford Tyres Malaysia sangat bersungguh-sunguh dalam penganjuran acara ini. Kesemua yang hadir turut gembira apabila disediakan dengan minuman percuma kepada mereka semua sambil menonton perlawanan pasukan kesayangan masing-masing. Sama seperti acara yang sebelum ini, para penonton juga berpeluang memenangi pelbagai barangan Falken edisi terhad dengan hanya menyiarkan gambar dengan cara paling kreatif bersama-sama ‘hashtag’ #FalkenMalaysia #FalkenLFC2018 di laman Facebook mereka. Selain itu, terdapat juga hadiah utama berupa satu set tayar Falken berukuran 15 inci bernilai RM800 untuk pertandingan meneka skor akhir.