SSW Performance Wheels

SPopulariti  penggunaan rim ‘aftermarket’ di pasaran tempatan merupakan petunjuk bahawa ianya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Para penggunanya pula sentiasa menanti model-model atau rim berekabentuk baharu berkualiti yang boleh diminati oleh mereka tanpa mengira julat harga yang ditawarkan. Rim yang ditawarkan juga terdiri dari pelbagai peringkat iaitu premium dan tampak mewah sehinggalah yang biasa boleh dipilih mengikut kemampuan para pengguna. Oleh itu, SSW Performance Wheels merupakan  satu jenama rim aloi premium berkualiti tinggi dari Stamfoed Tyres Malaysia tidak ketinggalan dengan barisan rim-rim hebat berkualiti dari mereka.

SSW Performance Wheels menawarkan rim aloi yang memiliki reka bentuk yang menarik dengan kemasan yang sangat hebat serta direka oleh para pereka yang berpengalaman serta terkenal di peringkat antarabangsa. SSW Performance Wheels juga telah menembusi beberapa pasaran antarabangsa antaranya Eropah, Amerika Syarikat, Australia serta beberapa negara asia. Pertumbuhan pasaran yang amat cemerlang telah mengiktirafkan SSW Performance Wheels dalam salah satu segmen paling kompetitif di dunia.

SSW Performance Wheels merupakan salah satu ahli WIC (Wheel Industry Council) dalam SEMA yang telah mendapat penganugerahan lain ISO / TS 16949: 2002 yang diperakui oleh TUV Rheinland, ISO 9001: 2000 (untuk Reka Bentuk dan Pembuatan Roda Aluminium Alloy Aluminium untuk industri automotif), pensijilan GOST Rusia (Standard Teknikal dikekalkan oleh: Majlis Euro-Asia & CIS untuk Standard, Metrologi dan Pensijilan) serta JWTC (Japan Light Alloy Automotive Wheel Testing Council) yang disahkan oleh VIA (Vehicle Inspection Association of Japan).

SSW Performance Wheels menawarkan tiga jenis rim aloi berkualiti tinggi dalam bentuk SSW Passenger, SSW Euro Technik dan SSW Offroad yang bersesuaian bagi kereta penumpang, kenderaan premium Eropah dan kenderaan off-road. Stamford Tyres Malaysia turut memperkenalkan barisan rim baharu bagi kenderaan penumpang serta “off-road“.

Rim aloi berkualiti tinggi baharu dalam rangkaian SSW Passenger Cars dari S204 hingga S322 boleh didapati dalam beberapa saiz dan kemasan, dan pasti membuat penampilan baru yang lebih  bergaya bagi kenderaan anda. Begitu juga dengan rangkaian 4×4 Style Off-road Style yang turut menawarkan pelbagai reka bentuk dan kemasan yang mengikut trend semasa. Pilihan terdiri daripada 7-spoke S304 yang bergaya atau 5 spoke  S198.

SSW Performance Wheels dikilangkan mengikut piawaian dan spesifikasi yang sangat ketat dengan menggunakan teknologi yang sangat tinggi. Dengan kecekapan tersebut ianya telah menghasilkan produk yang sangat berkualiti tinggi untuk anda semua.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.stamfordtyres.com.my