Stamford Tyre Mart Glenmarie, Shah Alam

Sejak ditubuhkan pada tahun 1989, Stamford Tyre Mart telah berusaha bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah pusat perkhidmatan tayar di Malaysia. Setelah hampir 20 tahun berdiri teguh, Stamford Tyre telah berjaya menyediakan produk serta perkhidmatan yang sangat berkualiti pada harga yang berpatutan bagi memenuhi segala keperluan yang diperlukan oleh pengguna serta pelanggannya.


Stamford Tyre Glenmarie terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park adalah salah satu cawangan utama yang memberikan perkhidmatan tayar kepada trak komersial dan lori. Baru-baru ini, selain dari memberikan perkhidmatan tayar kepada kenderaan berat, pihak Stamford Tyre telah meluaskan lagi perkhidmatan serta operasi mereka kepada kenderaan penumpang dan juga kenderaan ringan. Kemudahan baru yang disediakan antaranya servis, penjajaran dan imbangan roda, penggantian bateri serta penyelengaraan umum yang dilakukan oleh tenaga kerja serta mekanik-mekanik yang terlatih dan professional.


Antara produk yang terlaris Stamford Tyre adalah tayar berjenama Falken dan untuk pengetahuan umum, Stamford adalah pengedar rasmi tayar Falken di seluruh Asia Tenggara. Para pelanggan boleh mendapatkan segala informasi tentang pelbagai model tayar Falken Azenis antaranya model ZE912, ZE522, ZE322, PT722 A/S, FK453, atau FK453 CC.


Stamford Tyre Mart juga menyediakan secara ekskusif model tayar Azenis RT615 yang disasarkan kepada pemandu yang menginginkan tayar yang lebih berprestasi kepada kenderaan mereka. Selain itu, mereka juga membawa jenama Project  ¦Ì bagi peningkatan sistem brek yang lebih cekap untuk kenderaan anda.


Selain itu, Stamford Tyre Mart juga merupakan pengedar rasmi untuk salah sebuah anak syarikat mereka iaitu Stamford Sport Wheels (SSW) di Malaysia. Rangkaian rim yang dipasarkan antaranya ialah model S182 dan S187 sehingga model yang lebih sporty dan bergaya seperti S189 dan ECO101. Stamford juga memasarkan beberapa model rim dari Jepun. Pelanggan boleh memilih beberapa model tersebut melalui catalog Rays  Wheels yang disediakan antaranya model TE37, Gram Lights, CE28N dan model SA-55, SA-70 dan TC105N dari WedSport.


Gudang simpanan yang terletak di bahagian belakang Stamford Tyre Mart menyimpan semua bekalan bagi permintaan pasaran yang semakin mendapat sambutan. Stamford juga memberikan tawaran harga yang sangat berpatutan kepada semua pelanggan-pelanggannya disamping beberapa promosi yang menggalakkan lagi urusniaga mereka.
Stamford Tyre Mart Glenmarie terletak di No. 16, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam. Waktu beroperasi adalah 0900-1800 dari Isnin hingga Jumaat dan 0900-0100 pada hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5567 2601 atau layari mana-mana laman web berikut :