Bertempat di Holiday Inn KL, Glenmarie Shah Alam, majlis pelancaran tayar Falken Azenis FK510 telah diadakan sebagai pengganti kepada Falken FK453. Majlis ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan teratas Stamford Tyres Malaysia dan Singapura serta syarikat induk dari Jepun Falken Tyres Sumitomo Rubber Industries.
Stamford Tyres Corporation Ltd telah diwakili oleh Presiden Stamford Tyres Corporation Ltd, Mr. Wee Kok Wah dan Pengarah Eksekutif Mrs. Wee manakala Stamford Tyres Malaysia pula diwakili oleh Datin Anne Leong (Pengarah Stamford Malaysia) serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Stamford Tyres Malaysia, Mr. Cham Soon Kian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Mr. Cham Soon Kian diikuti oleh Pengarah dan Pegawai Eksekutif Senior Sumitomo Rubber Industries, Mr. Satoru Yamamoto.
Tayar ultra berprestasi tinggi Falken AZENIS FK510 ini direka untuk pemandu kenderaan premium yang mencari tahap cengkaman yang lebih baik dan bertindak cemerlang. Dengan teknologi 4D Nano Design yang digunakan, ianya membolehkan para jurutera Falken mengoptimumkan sebatian berprestasi yang baharu pada tahap molekul, meningkatkan daya tarikan cuaca panas dan permukaan jalan yang basah sekaligus membolehkan pemandu tersebut mengawak kenderaan dengan lebih baik dan stabil berbanding biasa. Falken FK510 bersesuaian untuk kenderaan mewah dan berprestasi tinggi yang boleh didapati dalam saiz berukuran 17 hingga 22 inci.
Ciri-ciri penting yang terdapat pada tayar Falken AENIS FK510 ini termasuklah : Teknologi Kawalan Tegangan – Satu bentuk acuan sarung proprietari yang lebih fleksibel untuk menyerap kejutan sambil menyediakan keupayaan pengendalian yang lebih dipertingkatkan melalui tapak luar yang lebih baik. Reka Bentuk Corak Tekanan Adaptive Constant (ACP) – Menyediakan tayar yang dipertingkatkan kepada pengedaran tekanan permukaan jalan sekaligus meningkatkan tahap kestabilan kedua-dua arah dan jarak pemberhentian kenderaan.
Falken AZENIS FK510 ini turut memiliki ciri-ciri Hybrid Undertread Cap Ply di mana ianya mempunyai tahap kestabilan pada kelajuan yang tinggi melalui penggunaan bahan aramid dan nilon, Switchback Siping yang membantu mengoptimumkan permukaan yang bersentuhan dengan permukaan basah seterusnya membuatkan kadar cengkaman lebih baik pada permukaan yang basah, Variabel Sipe Depth yang merentasi permukaan tapak dan membolehkan kawalan yang lebih fleksibel sambil mengekalkan kekuatan blok keseluruhan, Wide Shoulder Blocks yang membantu semasa mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi denmgan kadar cengkaman lebih mantap dan Four Circumferential Grooves yang dapat membiaskan air sekaligus dapat mengurangkan rintangan pergerakkan.
Beberapa persembahan turut memeriahkan lagi majlis pelancaran pada hari tersebut antaranya paluan Wadaiko Drum semasa acara pembukaan, tarian Sizzling Dance Extravaganza mengikut tema Jepun serta persembahan komedi dari Bibi K.Poh diikuti oleh persembahan ‘live band’.
Falken AZENIS FK510 baharu boleh didapati dari pihak Stamford Tyres Malaysia Sdn Bhd. Layari laman sesawang mereka di www.stamfordtyres.com.my untuk maklumat lebih lanjut.