Tanggungjawab Sosial Korporat yang mengagumkan dari Falken Malaysia

Sebagai satu nama hebat dalam pemasaran tayar bagi kenderaan tempatan dan dunia yang semakin kompetetif, Falken Tyres Malaysia telah memainkan peranan sebagai sebuah syarikat korporat terkemuka dalam aktiviti sosial tempatan. Mereka telah melibatkan diri dengan beberapa organisasi tertinggi tempatan bagi melakukan pelbagai aktiviti disekelilingnya.

Baru-baru ini Falken Malaysia telah mengumumkan perjanjian penajaan mereka untuk 'Malaysia International Search and Rescue' (MISAR) sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dalam memberi khidmat pencarian, operasi menyelamat serta bantuan kecemasan.

Perjanjian penajaan ini melibatkan peruntukkan tayar Falken R2 195R 15C yang sangat popular bagi kegunaan van dan juga trak ringan. Siri Falken R2 ini mempunyai corak 6 rusuk, rintangan kehausan yang lebih baik, berketahanan serta cekap pada permukaan basah. Tayar van  ini memastikan anda mendapat jarak paling jauh dan selesa bagi kegunaan kenderaan penghantar.

Mengenai perkembangan lain pula, Falken Malaysia telah meneruskan sokongan mereka terhadap Bengkel Penjagaan & Pencegahan Kanser yang telah diadakan di PAUM Clubhouse, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh Grandmaster Anthony Wee, pengasas Chi Dynamics International. Beliau yang memiliki beribu-ribu peminat di seluruh dunia mengamalkan senaman dan cara meditasi Qigong bagi mengekalkan kesihatan lebih baik serta penyembuhan diri. Kehebatan beliau mula tercipta sekitar tahun 1970an semasa di Singapura.

Pada hari ini, kebanyakkan orang yang sezaman dengan beliau menikmati zaman persaraan mereka dengan menghabiskan banyak masa dan tenaga berkongsi manfaat dengan melakukan Qigong dari Chi Dynamics melalui sesi latihan, klinik penyembuhan dan bengkel penjagaan kanser. Grandmaster Anthony Wee telah menulis sebuah buku yang sangat laris jualannya iaitu "The Dynamic Free Flow of Qi".

Kedua-duanya ini benar-benar membuktikan sumbangan Falken Malaysia terhadap masyarakat disekelilingnya secara tidak langsung menampilkan kehidupan yang lebih muhibah di negara kita.