Sebagai sebuah syarikat peruncitan antarabangsa yang besar, Stamford Tyres telah membina reputasi cemerlang dengan komitmen yang kukuh di atas setiap produk yang dipersembahkan mereka selama ini. Sehebat namanya, Stamford Tyres kini telah menjadi pembekal tayar dan rim terkenal di peringkat antarabangsa dan salah satunya adalah di Malaysia.
Kejayaan Stamford Tyres pada hari ini juga turut dibantu dengan sokongan para pengedar mereka yang sangat besar jumlah bilangannya. Oleh yang demikian, sebagai menghargai mereka, Stamford Tyres Malaysia telah menganjurkan satu trip percutian kepada para pengedar mereka sebagai tanda menghargai mereka yang sentiasa menyokong Stamford Tyres selama ini. Ini juga merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa diadakan oleh pihak Stamford Tyres khusus bagi rangkaian pengedar mereka.
Mei yang lepas, Stamford Tyres Malaysia telah membawa para pengedar Falken dalam satu trip insentif ke rantau Timur Eropah khususnya ke Croatia selama 8 hari 5 malam. Trip ini telah disertai oleh 54 orang pengedar Falken dan diiringi seramai 5 orang wakil dari Stamford Tyres Malaysia (STM) iaitu CEO STM, Mr. SK Cham, 2 orang kakitangan jualan STM, Ku Seng Yeow dan Ray Ng, seorang kakaitangan jualan STC, Chiang Chew Heng dan juga pegawai pemasaran, Chye Chew Yong.
Trip STM Falken ini telah berlepas dari KLIA pada 22 Mei ke Istanbul, Turki dan dari sana mereka mengambil satu lagi penerbangan ke Dubrovnik, sebuah Bandar Croatia di Laut Adriatic yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Mediterranean. Dari Dubrovnik kumpulan tersebutdibawa menaiki 'coach' menyeberangi Split, Trogi dan Plitvice dimana setiap tempat tersebut memiliki sejarah tersendiri di zaman pertengahan dan terkenal dengan seni bina hebat. Selain itu, mereka juga dapat menikmati permandangan yang menarik di sepanjang perjalanan ke Zagreb, iaitu ibu kota Croatia.
Dengan waktu yang sesuai, bulan Mei merupakan masa yang sesuai dan tepat untuk melawat Croatia sebelum musim panas bagi para pelancong menikmati serta meneroka keindahan pantai dan pulau di sekitar Croatia.
Selepas menghabiskan masa di Zagreb dengan melawat pelbagai tempat menarik dan menikmati aktiviti menyeronokkan di sana, trip ini telah menaiki penerbangan selama 3 jam ke Istanbul dan kemudiannya mereka berangkat pulan ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.