Trip Intensif Pengedar Tayar Rovelo

Jenama tayar Rovelo semakin mendapat tempat dan popular di hati ramai pengguna dengan menawarkan tayar berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Tayar keluaran Sailun di China ini dikeluarkan dengan mematuhi segala syarat-syarat penyelidikkan dan pembangunan yang ketat dengan penghasilan bagi pasaran global yang semakin meningkat permintaannya.

Baru-baru ini STC Tyre Mart Malaysia, pengedar tunggal tayar Rovelo di Malaysia telah menganjurkan trip intensif bagi pengedar tayar Rovelo di Malaysia 5 hari 4 malam ke Guangzhou dan Huizhou di China. Seramai 20 orang pengedar tayar Rovelo telah berlepas ke sana diiringi oleh 2 orang kakitangan STC iaitu Ang Beng Loo da Jackie Ong.

Guangzhou adalah sebuah bandar yang terbesar dan paling penting di selatan China selepas ahli sejarah telah menemui beberapa penemuan arkeologi penting merujuk kepada kepentingannya sebagai sebuah bandar penting di zaman China purba. . Pada awal abad ke-20, Guangzhou adalah tempat kelahiran revolusi 1911. Kini dengan lebih daripada 14 juta penduduk Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar di China.Terletak kira-kira 150 kilometer dari arah Guangzhou, Huizhou adalah sebuah bandar di tenggara Guangdong Province of China dengan penduduk lebih daripada 4.5 juta orang.

Antara model tayar Rovelo untuk pasaran Malaysia adalah Rovelo SPORT A-1 yang direka dengan corak bunga simetri bagi menyokong tahap kestabilan yang lebih cemerlang disamping mengekalkan kadar cengkaman lebih kukuh di atas permukaan jalan raya. Secara optimumnya, rekaan perparitan yang baik turut memastikan sesi pemanduan lebih selesa dan selamat walaupun pada keadaan jalan basah serta mengelakkan bunyi bising semasa dipandu.

Bagi mereka yang meminati kelajuan dan prestasi semasa berada di selekoh, Rovelo RHP A68 menampilkan corak bunga simetri untuk memborong kestabilan yang baik sambil mengekalkan daya tarikan disamping memberi kuasa brek dalam sebarang keadaan cuaca dengan lebih baik. Selain itu juga, rekaan pada tayar tersebut juga dilihat dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Untuk sesi pemanduan yang lebih tenang, lancar dan berprestasi serta lebih stabil pada kelajuan yang tinggi, Rovelo menawarkan kepada anda tayar Rovelo RHP 788. Dengan 4 jalur lilitan khas yang luas, ianya mampu meningkatkan daya tarikan bagi jalan basah serta mampu menghakis air dengan lebih baik. Corak yang direka berubah-ubah juga membantu dalam satu sesi perjalanan yang selesa dan lancar. Pusat utamanya pula dapat mengurankan kadar kehausan sekaligus membantu dalam penghasilan kelajuan tinggi.

Terdapat juga Rovelo RCM 601 dengan corak pelbagai arah untuk ketahanan lebih kukuh, saliran air lebih cekap, dan reka bentuk yang memberi lebih keselesaan dalam sesi pemanduan.