Falken melancarkan Tayar Falken Azenis FK510
Falken Azenis FK510 menyerlahkan lagi kehebatan pemanduan anda!
Stamford Tyres, pengedar rasmi Falken Tyres di Malaysia dengan rasmi dan bangganya telah melancarakan tayar Azenis FK510 ke dalam pasaran Malaysia. Falken Azenis merupakan tayar ‘Ultra High Performance’ (UHP) yang dihasilkan oleh Falken khusus bagi mereka yang memerlukan lebih prestasi terhadap cengkaman di atas permukaan jalan. Sejak model FK453 diperkenalkan setelah 4 tahun, maka sudah tiba masanya untuk Falken menggantikannya pula dengan model FK510. Maka bermulalah pertembungan untuk pelbagai pilihan tayar berprestasi yang ada di pasaran yang semakin hangat!
Walaupun Falken Azenis FK510 ini baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia, namun ianya sudah mula diperkenalkan dan dijual di Eropah pada tahun 2017 dan telah mendapat pelbagai komen positif serta menerima pelbagai anugerah. Auto Bild German telah menganugerahkan tempat ke-2 dan ia dilaporkan berada di kedudukan 5 teratas dalam beberapa ujian tayar bebas. Falken Azenis FK510 telah diperhebatkan dengan kajian selama 3 tahun oleh para jurutera dari Sumitomo Rubber Asia Tyre dengan menghimpunkan segala data dari pelbagai pencapaiandan seterusnya ditanamkan DNA nya dalam tayar baharu ini. Falken telah menonjolkan prestasinya tanpa menganggu keselesaan serta diperhalusi untuk mengekalkan prestasi dalam FK510 yang dibina menggunakan teknologi NEO-T01. Teknologi ini digunakan khas bagi pembuatan tayar Falken UHP dan ia membolehkan tayar dapat dibuat pada tahap yang tertinggi sekaligus meningkatkan kestabilan, kecekapan serta pengurangan berat untuk produk akhir.
Hari menguji kehebatan tayar Falken Azenis FK510 ini adalah amat dinanti-nantikan. Pihak Falken telah melakukan kajian dan menggunakan salah satu tayar pesaing yang lain untuk membezakan prestasi yang bakal ditampilkan. Ujian tayar dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pemanduan di atas jalan raya biasa serta slalom yang dilakukan di satu kawasan tertutup dengan beberapa halangan serta digabungkan bersama ujian brek di atas permukaan jalan yang basah. Setiap ujian dijalankan dengan menggunakan 3 jenis tayar berbeza. Pertama adalah Falken Azenis 453, tayar pesaing serta tayar Falken Azenis FK510.
Prestasi yang ditampilan oleh FK510 ternyata berbeza berbanding pesaingnya. Tahap keselesaan pada semua permukaan jalan membuatkan jentera yang menggunakannya masih lagi selesa untuk dipandu begitu juga bagi penumpangnya. Kuasa memberhentikan jentera juga lebih cekap dengan kadar gigitan bunga tayar terhadap permukaan jalan raya baik dalam keadaan kering mahupun basah.
Ujian salalom juga lebih memberi lebih keyakinan terhadap tayar FK510 ini. Ianya telah menampilkan suatu prestasi lebih meyakinkan untuk sebarang tindakkan mengejut semasa dalam sesuatu sesi pemanduan. Cengkaman yang lebih cekap memastikan jentera yang dipandu dapat dikawal dengan lebih baik secara keseluruhannya. Rata-rata komen yang diterima, FK510 benar-benar cekap untuk kuasa hebat di atas permukaan jalan yang basah. Teknologi reka bentuk nano 4D yang digunakan bagi penghasilan tayar Falekn Azenis FK510 ini terbukti dalam meningkatkan kuasa fleksibiliti yang telah ditampilkan.
Rakyat Malaysia boleh mendapatkan tayar Fakken Azenis FK510 ini di mana-mana pengedar tayar atau wakil jualan Falken di seluruh negara. Saiz yang disediakan bermula dari 17 inci hinggalah ke 22 inci dan terdapat dalam 86 pilihan saiz bagi semua kenderaan penumpang. Bagi tayar khas SUV akan diperkenalkan pada tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Stamford Tyres Malaysia, Mr. Cham Soon Kian telah memeberi jaminan akan menyediakan saiz luar biasa untuk para pengguna mengikut pesanan yang diminta.
Beli 4 tayar Falken di mana-mana pengedar atau wakil jualan dan anda berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool FC secara ‘live’ di Anfield. Tarikh tutup peraduan adalah sehingga 31.Ogos.2018 ini sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang Falken Malaysia di www.stamfordtyres.com.my.